SK PASIR PUTEH, PASIR GUDANG

SK PASIR PUTEH, PASIR GUDANG

9 August 2011

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2011


Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.


Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.


Bagi menyahut seruan tersebut, Panitia Kajian Tempatan, Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK), Kelab Rukun Negara dan Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (SKPP) bagi tahun 2011.

Matlamat

Matlamat utama Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah 2011 adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan warga sekolah.

Objektif
  1. Menghayati makna dan erti kemerdekaan dan berusaha mengekalkan kemerdekaan ini;
  2. Mengetahui tokoh-tokoh dan pejuang-pejuang kemerdekaan dan berterima kasih atas jasa-jasa mereka;
  3. Mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema sambutan kemerdekaan.
  4. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di kalangan warga SKPP.
  5. Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahin antara guru dan murid SKPP; dan
  6. Mewujudkan sikap kerjasama antara guru dengan murid.
Tentatif


BIL
TARIKH
AKTIVITI
1.
15 Ogos 2011
Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan 2011
2.
16 Ogos 2011
Jom Kibarkan Jalur Gemilang
3.
17 Ogos – 23 September
Pameran dan Kuiz Kemerdekaan
4.
19 Ogos 2011
Kami Anak Malaysia
5.
19 Ogos 2011
Bacaan Yasin dan Tahlil Kemerdekaan
6.
22 Ogos - 21 September
Peraduan Mewarna Merdeka 54
7.
22 Ogos - 21 September
Peraduan Melukis Merdeka 54
8.
22 Ogos - 21 September
Pertandingan Merekacipta Kad Hari Kemerdekaan
9.
22 Ogos - 21 September
Tayangan Kemerdekaan
10.
23 Ogos 2011
Majlis Berbuka Puasa Muhibah 1Malaysia
11.
5 hingga 15 September
Manifestasi Puisi Kemerdekaan
12.
23 September
Acara Perbarisan dan Perarakan Kemerdekaan
13.
23 September
Pertandingan Basikal Kreatif
14.
23 September
Pertandingan Baju Kemerdekaan
15.
23 September
Persembahan Kemerdekaan
16.
23 September
Persembahan Manifestasi Puisi Kemerdekaan
17.
23 September
Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan

No comments:

Post a Comment