SK PASIR PUTEH, PASIR GUDANG

SK PASIR PUTEH, PASIR GUDANG

16 June 2011

Pra Penyerahan Bangunan Baru


Pada 14 Jun 2011, upacara pra penyerahan bangunan baru telah dijalankan. Menjadi kebiasaan, sebelum bangunan baru diserahkan kepada pemiliknya, pihak pemilik akan memeriksa keadaan bangunan agar diterima dalam keadaan yang paling baik. Jika terdapat sebarang kerosakan atau kekurangan, pihak kontraktor akan membaik pulih kerosakan tersebut.



Bagi menjalankan upacara ini, wakil dari JPN Johor, PPD Pasir Gudang, Jabatan Kerja Raya, Kontraktor Utama (FA Designs Sdn. Bhd.) dan sub-kontraktor telah hadir. Pihak sekolah diwakili oleh Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan Jawatankuasa Pembangunan Fizikal Sekolah.


Pihak sekolah diminta untuk memeriksa semua aspek di bangunan baru yang didapati ada mempunyai kerosakan kecil mahupun besar.


JK Pembangunan Fizikal diminta untuk mengetuk lantai bagi memastikan tiada lantai atau jubin yang dipasang tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Tugas ini nampak mudah, akan tetapi ia memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi.



Setelah beberapa jam membuat pemeriksaan, pihak kontraktor diminta untuk membaiki kerosakan yang dikenal pasti. Akan tetapi beberapa aspek tidak dapat diperiksa kerana bekalan elektrik tidak mencukupi seperti hos bomba dan penghawa dingin.




Pada minggu hadapan, 21 Jun, upacara penyerahan akan dilangsungkan. Pihak sekolah amat berharap tiada lagi kerosakan dan kekurangan. Semoga bangunan baru dapat digunakan secepat mungkin bagi mengatasi masalah kekurangan kelas.
Majlis hari ini diakhiri dengan jamuan tengah hari.






No comments:

Post a Comment