Tarikh : 23 Ogos 2011
Masa : 6.30 petang hingga 8.15 malamTempat : Dewan Tahun 6
Majlis berbuka puasa ini merupakan salah satu aktiviti bagi program Sambutan Bulan Kemerdekaan yang dilancarkan pada 15 Ogos 2011. Program ini dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab yang diketuai oleh YM Tg. Shahril Hafzan.
Majlis ini dihadiri oleh guru-guru SK Pasir Puteh dan ahli keluarga. Walaupun ringkas, majlis ini tetap meriah.
Seawal jam 6.30 petang, guru-guru mula memenuhi dewan bagi menghidang makanan dan membuat pelbagai persiapan. Turut bersama-sama guru ialah para pentadbir sekolah iaitu Guru Besar, Pn. Mardiana, Pn. Raihan dan Pn. Muhini.
Makanan berbuka tidak mengecewakan. Asam pedas yang sedap, di samping ayam goreng berempah, ikan masin, dan ulam-ulaman. Semua yang hadir begitu menikmati makanan dan minuman yang dihidangkan.
Paling menyerlah ialah hiasan dewan yang seakan-akan hotel. Tahniah kepada pasukan yang menghias dewan.
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada penyelaras dan jawatankuasa yang bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini. Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Semua ini merupakan semangat kerja para guru yang berpaksikan moto sekolah iaitu:
Hari ini: Usaha dan Pengorbanan
Esok: Kejayaan dan Kecemerlangan
______________________________
Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan
1957 - 2011
No comments:
Post a Comment