SK PASIR PUTEH, PASIR GUDANG

SK PASIR PUTEH, PASIR GUDANG

28 June 2011

Kursus Kepemimpinan 2011


Unit Bimbingan dan Kaunseling, Pusat Sumber Sekolah dan Unit Kokurikulum SK Pasir Puteh telah berjaya mengadakan Kursus Kepemimpinan Pelajar 2011 di Pusat Latihan SAJ Holdings, Sg. Layang pada 25 dan 26 Jun 2011.


Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada pemimpin murid (pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas, penolong ketua kelas dan ketua unit kokurikulum) bersama 15 orang guru telah menyertai kursus ini.
Seawal jam 645 pagi, para peserta berkumpul di sekolah untuk pendaftaran dan taklimat umum. Semua peserta tiba di Pusat Latihan SAJ Holdings tepat jam 800 pagi. Kem komandan, Cikgu Muhammad Nur telah memberi penerangan tentang tujuan, peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang kem dan beberapa aspek yang lain.
Selepas taklimat penginapan, para peserta berkumpul di dewan untuk aktiviti ice breaking yang dikendalikan oleh fasilitator yang diketuai oleh Cikgu Adi. Para peserta begitu teruja dan seronok semasa sesi ini di mana mereka diminta untuk mencari pasangan dan membentuk kumpulan berdasarkan modul yang telah ditetapkan.
Selepas minum pagi, sesi LDK diadakan. Setiap kumpulan diberi buah tembikai di samping menghasilkan bendera kumpulan  sebagai amanah yang perlu dijaga dengan baik sepanjang program.

Ceramah Kepemimpinan 1 diadakan sejurus selepas LDK 1. Penceramah jemputan mengendali sepenuhnya slot tersebut. Para peserta begitu bersemangat dan ceria sepanjang ceramah.

Selepas makan tengah hari, aktiviti yang ditunggu-tunggu iaitu aktiviti kembara minda menyusul. Walaupun dikendalikan sepenuhnya oleh Dencons Consultant, para fasilitator turut bersama para peserta bagi membantu dan melancarkan pergerakan peserta. Pelbagai aktiviti dirasai oleh para peserta seperti kuiz menguji minda, bengkel menganyam ketupat, jigsaw puzzle, kolaj, laluan berlumpur, kibarkan Jalur Gemilang, water confident dan sebagainya.
Kursus kali ini dianggap istimewa kerana dihadiri oleh Pegawai PPDa, PPD Pasir Gudang, En. Aszlizam. Walaupun kedatangan beliau tidak rasmi, kehadirannya memberi moral boost kepada semua guru dan peserta. Terima Kasih En. Aszlizam.
Walaupun keletihan dengan aktiviti kembara pada siang hari, para peserta tetap memberi tumpuan sepenuhnya kepada Ceramah Kepemimpinan 2 yang disampaikan oleh Pn. Muhini Abdullah, GPK Kokurikulum SK Pasir Puteh. Para peserta seronok dengan apa yang disampaikan dan aktiviti yang dijalankan.
Sebelum hari melabuhkan tirai, para peserta menjalankan aktiviti terakhir iaitu berjalan malam. Walaupun jarak laluan hanya 10 meter, ianya tetap menguji keberanian dan keyakinan para peserta.
Pada hari terakhir, seawal jam 7.00 pagi, para peserta telah bersedia untuk aktiviti seterusnya. Mereka begitu gembira dan gementar untuk melakukan flying fox. Selain itu, terdapat beberapa aktiviti sampingan dijalankan seperti barisan paling panjang dan pengembaraan si buta.
Secara umumnya, Kursus Kepemimpinan 2011 berjaya dilaksanakan dengan baik. Terima kasih kepada penyelaras program, Cikgu Seri Rahayu dan semua guru dan para peserta yang terlibat. Sehingga berjumpa lagi pada tahun hadapan.

3 comments:

  1. Tahniah buat penyelaras program Pn Sri Rahayu, semua guru,serta semua peserta kursus. Penganjuran yang berjaya, semoga hasil usaha kalian akan menghasilkan golongan yang boleh memacu kejayaan Malaysia di masa mendatang... InsyaAllah, Aminn.

    ReplyDelete
  2. SKPP terus maju.....

    ReplyDelete
  3. iKaN KeLi dLm kUaLi,
    lAiN kAlI NaK IkuT LaGi....hehehe

    ReplyDelete