SK PASIR PUTEH, PASIR GUDANG

SK PASIR PUTEH, PASIR GUDANG

3 July 2011

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Seperti semua sekolah yang lain seluruh Malaysia, SK Pasir Puteh juga telah mengadakan Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia pada 2 Julai 2011. Larian serentak ini adalah sempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan di mana setiap murid perlu menyertai sekurang-kurangnya 1 jenis sukan di sekolah.

Semua warga sekolah begitu bersemangat untuk menyertai larian ini. Pada jam 6.45 pagi, kaunter pendaftaran dibuka. Murid perlu mendaftar mengikut rumah sukan masing-masing. Pada jam 7.00 pagi, semua murid berkumpul untuk senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Muhd Nur, Cikgu Azrul dan Cikgu Denzil.
Selepas bacaan doa oleh Ustaz Akmal Hakim, Guru Besar, Pn. Mardiana memberi sedikit ucapan tentang kepentingan menyertai aktiviti sukan dan meminta murid agar berbangga kerana menjadi sebahagian murid-murid seluruh Malaysia yang menyertai acara bersejarah dan terbesar yang dicatat di dalam Malaysia Book of Records.
Tepat jam 7.45 pagi, larian serentak seluruh Malaysia dilepaskan. Murid perlu menamatkan larian sejauh 2km. Selain mencipta rekod Malaysia, murid-murid juga menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing. 
Selepas larian, murid-murid tahap 1 menyertai Pertandingan Mewarna anjuran Panitia Pendidikan Seni Visual. Manakala murid tahap 2 terlibat dengan aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum kali ini menarik dan menyeronokkan. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan berdasarkan unit beruniform. Mereka perlu bergerak ke setiap stesen dan melakukan aktiviti yang telah ditetapkan. Stesen 1 (Kawad), Stesen 2 (memasang dan menyimpan khemah), Stesen 3 (ikatan dan simpulan), stesen 4 (membuat gajet) dan Stesen 5 (ikhtiar hidup).
Aktiviti stesen ini merupakan persediaan awal kepada murid yang menyertai Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2011 yang akan diadakan tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment