SK PASIR PUTEH, PASIR GUDANG

SK PASIR PUTEH, PASIR GUDANG

17 June 2011

Majlis Perpisahan En. Aszlizam Bin Tobari

Pada pagi Jumaat 17 Jun 2011 yang hening, SK Pasir Puteh telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk En. Aszlizam Bin Tobari yang akan bertugas di Unit Hem, PPD Pasir Gudang sebagai Pegawai PPDa. Hari ini merupakan hari yang terakhir beliau berkhidmat di SKPP. Beliau akan menjalankan tugas di PPD bermula 20 Jun 2011.


Majlis dimulakan dengan ucapan Guru Besar diikuti ucapan yang diraikan, En. Aslizam Bin Tobari. Murid-murid juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau dengan mempersembahkan koir. Kumpulan koir tersebut dibimbing oleh Pn. Nor Hafizah Binti Shafie. Pada akhir majlis, murid-murid memberi hadiah sebagai tanda kenangan. Di akhir sesi persekolahan, semua murid sesi pagi beratur di sepanjang jalan untuk memberi penghormatan kepada beliau.
Sekolah pasti akan merasakan kehilangan besar dengan ketiadaannya. En. Aszlizam merupakan guru yang berdedikasi dan serba boleh. Beliau merupakan Setiausaha Peperiksaan dan guru Matematik tahun 6. Selain itu, beliau merupakan penyelaras PPDa sekolah. Beliau telah berkhidmat di SKPP selama 9 tahun.
Akan tetapi, sekolah juga berasa bangga kerana warga sekolah dipilih untuk berkhidmat di PPD. Ini menunjukkan SKPP berjaya membentuk guru yang berwibawa dan berkepimpinan. Selepas En. Mohd Hafidz Shamsudin berkhidmat di PPD, tahun ini, sekolah sekali lagi kehilangan guru yang disayangi.
Seluruh warga sekolah mengucapkan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti yang telah ditabur selama perkhidmatan beliau di SKPP. Semoga beliau sentiasa diberi kerahmatan dan pelindungan dari Allah. Warga sekolah sentiasa mendoakan yang terbaik kepada En. Aszlizam Bin Tobari.

3 comments:

  1. selamat bertugas di tempat baru cikgu zam

    ReplyDelete
  2. skpp merindui cikgu aszlizam

    ReplyDelete
  3. Terima kasih buat rakan2... semoga Skpp terus cemerlang di Daerah Pasir Gudang, SKPP tetap dalam ingatan...

    ReplyDelete