SK PASIR PUTEH, PASIR GUDANG

SK PASIR PUTEH, PASIR GUDANG

15 August 2011

MERDEKA 54: Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan

Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat SK Pasir Puteh bagi tahun 2011 telah selamat dilancarkan pada jam 7.15 pagi (15 Ogos 2011) oleh GPK Pentadbiran, En. Mohd Tahir Bin Supian. Majlis yang ringkas tetapi meriah ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Akmal Hakim. Selepas ucapan perasmian, warga sekolah disajikan dengan bacaan sajak oleh Adik Mohd Syukri dari tahun 6 Arif. Pn. Asiah dan Pn. Norhana juga tidak melepaskan peluang dengan mendeklamasikan seuntai sajak kemerdekaan. Selepas nyanyian lagu kemerdekaan yang diketuai oleh pasukan koir tahun 5, majlis pelancaran bersurai.


MERDEKA 1957 - 2011
KAMI ANAK MALAYSIA

1 comment: