SK PASIR PUTEH, PASIR GUDANG

SK PASIR PUTEH, PASIR GUDANG

12 August 2011

MERDEKA 54: Tanah Malaysia

Tanah Malaysia Paling Barat - PULAU PERAK
Pulau Perak merupakan salah satu pulau negeri Kedah. Pulau ini terletak di Selat Melaka pada latitude 5.7 (5° 42' 0 N) dan longitut 98.93 (98° 55' 60 E). Pulau Perak terletak 416 kilometer barat laut (313 °) Kuala Lumpur. Pulau ini diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Daerah Langkawi.


Pulau ini mempunyai jeti, helikopter landing pad, light beacon dan pos tentera yang mengawal kedaulatan negara.

Kalau bulan Ramadhan, tidak dapat dipastikan bila waktu berbuka. Mungkin Majlis Agama Islam Negeri Kedah akan membuat takwim solat untuk Pulau Perak kerana pulau ini sering dikunjungi oleh para saintis terutamanya saintis bidang oceonology.


Tanah Malaysia Paling Selatan - Serian, Sarawak
Nampak seakan-akan South Legde dan Middle Rock milik Malaysia yang berhampiran Pulau Batu Puteh yang disayangi. Akan tetapi tanah Malaysia yang paling hampir dengan garisan khatulistiwa terletak di Serian, Sarawak. Ianya berhampiran dengan Djerik, Indonesia.


Tanah Malaysia Paling Timur - PULAU MATAKING, SABAH
Pulau ini terletak di tenggara Sabah di laut Sulawesi. Pulau ini terdiri daripada 2 pulau iaitu Mataking Kecil dan Mataking Besar. Pulau ini merupakan syurga menyelam seperti pulau Sipadan.


Tanah Malaysia Paling Utara - GUGUSAN SEMARANG
Gugusan ini mengandungi 5 buah pulau atau "atoll"  iaitu:
1. Pulau Layang-Layang atau Stesen Lima,
2. Ubi Reef (Ardasier Reef) atau Station Uniform,
3. Mantanani Reef atau Station Mike,
4. Siput Reef atau Station Sierra,
5. Peninjau Reef atau Stesen Papa.
Dari kelima-lima atoll ini, tanah Malaysia yang paling utara ialah Siput Reef. Untuk keterangan lanjut, boleh la baca di sini.

Selamat menyambut hari Kemerdekaan ke 54. Kami Anak Malaysia. Tanah Tumpah Darahku.

1 comment:

  1. Terima kasih atas ilmu di atas. tak pernah terlintas pun tentang perkara ni. boleh guna untuk subjek kt.

    ReplyDelete